GEORGE TOWN: Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) melakar sejarah dalam politik Pulau Pinang selepas berjaya membentuk kerajaan negeri menerusi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam. Setakat pukul 9.30 malam tadi, gabungan itu mendahului dengan majoriti besar di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh di pusat pengumpulan undi PH-BN di sini. Jumlah itu melebihi 21 kerusi DUN yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti…










