PETALING JAYA: Jet Valet Sdn. Bhd,. mengesahkan jet eksekutif yang terhempas di Elmina dekat Shah Alam petang semalam adalah milik syarikat penerbangan itu. Dalam satu kenyataan, Jet Valet mengesahkan menerima laporan berhubung nahas pesawat tersebut yang terhempas berdekatan kawasan perumahan Elmina, Sungai Buloh. Syarikat tersebut berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai tragedi itu. “Pihak Jet Valet akan memberi sepenuh komitmen dan kerjasama kepada pihak berkuasa mengenai indisen…