Pesawat bawa lapan penumpang terhempas di Elmina, Shah Alam

Pesawat bawa lapan penumpang terhempas di Elmina, Shah Alam

Pesawat terhempas
ASAP tebal menyelubungi ruang udara di Elmina, Seksyen U16 selepas sebuah pesawat dipercayai terhempas dan menghentam sebuah motosikal, di Shah Alam, Selangor. - Gambar media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah pesawat ringan  dipercayai dinaiki lapan individu  terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini.

Insiden tersebut juga  dipercayai turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.

Mengikut maklumat awal bomba, pesawat tersebut berlepas dari Langkawi dan dijadual tiba Lapangan Terbang Subang.

Tragedi terseut tular di media sosial dengan pesawat tersebut kelihatan terbakar. Setakat ini nasib penumpang pesawat dan penunggang motosikal belum diketahui.

Sehingga kini Utusan Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa, bagaimanapun difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berada di tempat kejadian.

Maklumat lanjut menyusul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya