Perselisihan faham punca impian kahwin Nafiez, Fify tidak menjadi - Utusan Malaysia

Perselisihan faham punca impian kahwin Nafiez, Fify tidak menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon Nafiez Zaidi mengesahkan hubungan cintanya dengan Fify Azmi sudah berakhir pada Aidilfitri tahun lalu.

Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lepas, namun Nafiez akur hubungannya dengan Fify hanya kekal sebagai kawan.

“Kami hanya kawan. Mungkin tiada jodoh. Sebelum ini memang keluarga saya sudah merisik dan target berkahwin bulan 12 tahun lalu.

“Namun dia minta tangguh ke tahun ini cuma tiada tarikh yang spesifik. Waktu dia telefon, saya sedang menjalani penggambaran filem Malbatt: Misi Bakara di Turki.

“Saya ikut kemahuan dia namun hubungan kami menjadi renggang selepas itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Malbatt Misi Bakara semalam.

Pelakon Ada Hantu 2 itu turut menegaskan, perpisahannya dengan Fify Azmi berpunca daripada perselisihan dan bukannya akibat campur tangan pihak ketiga.

“Bukan pihak ketiga. Ada banyak perselisihan faham yang akhirnya membuatkan kami mengambil keputusan untuk berpisah.

“Usaha untuk pertahankan hubungan kami sudah dilakukan namun dia bertegas untuk bawa haluan masing-masing,” katanya.

Walaupun jodohnya dengan Fify Azmi tidak berpanjangan, pelakon itu tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima cinta yang baru.

Dalam perkembangan terkini, Nafiez membintangi filem Malbatt: Misi Bakara membawakan watak Lans Koperal Nik Zainal. Semasa penggambaran di Turki, Nafiez berdepan kecederaan di bahagian lutut.

“Saya jatuh, lutut terhentak terkena batu menyebabkan kaki saya tidak boleh gerak.

“Disebabkan semangat tentera, saya sambung juga penggambaran walau rasa sangat sakit. Selepas itu mereka bawa saya ke hospital, Alhamdulillah tiada kecederaan serius,”

Filem Malbatt: Misi Bakara yang menelan kos pembikinan sebanyak RM20 juta bakal menemui penonton 24 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN