LANGKAWI: Stigma perkhidmatan dan makanan mahal yang pernah terpalit pada pulau peranginan ini didapati tidak lagi menjadi satu kerisauan kepada pelancong yang datang meluangkan masa percutian mereka. Tinjauan di kawasan tumpuan pelancong di Pantai Chenang, di sini sempena cuti persekolahan kali ini mendapati, rata-rata mereka berpuas hati dengan perkhidmatan dan harga yang ditawarkan ketika ini. Seorang pelancong dari Cyberjaya, Nurul Ain Roslan, 35, berkata, dia mendapat tawaran berpatutan daripada hotel…










