Pembongkaran Mat Sabu gagal aibkan Pas - Utusan Malaysia

Pembongkaran Mat Sabu gagal aibkan Pas

MOHAMAD Sabu bersama calon Pakatan Harapan, Ir. Nazri Abdul Rahman bergambar dengan kepimpinan parti dan orang ramai pada Ceramah Kelompok Pakatan Harapan, di Taman Sri Kasih. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Ucapan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yang berhasrat membongkarkan ‘pembohongan’ Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disifatkan gagal mengaibkan Ahli Parlimen Marang itu serta parti yang pernah diterajuinya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Dr. Mohd. Mazri Yahya berkata, ia sekadar mempertikai soal prinsip dan pendirian Pas ketika bekerjasama dengan parti lain yang sudah diketahui semua pihak.

Katanya, perkara itu juga secara tidak langsung membuktikan Mohamad sebenarnya tidak membongkarkan sebarang pembohongan kerana ia merupakan fakta dan kisah benar.

“Itu bukan isu baharu, apa yang dibentangkan bukanlah lagi satu rahsia malah ia adalah satu pengetahuan umum. Jadi, tidak ada benda baharu yang dibawa oleh Mat Sabu (Moha­mad), banyak kisah lama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, Pas pernah bersetuju mengganti agenda negara Islam kepada negara berkebajikan dan tidak mengetengahkan isu undang-undang Hudud semasa bersama DAP dan PKR dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR).

Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden Pas berkata, keputusan itu dicapai dalam perbincangan bersama Abdul Hadi dengan barisan kepe­mimpinan DAP antaranya Tan Sri Lim Kit Siang, Anthony Loke Siew Fook dan Lim Guan Eng serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili PKR.

Katanya, kepemimpinan Pas hari ini perlu berhenti berbohong daripada menjaja naratif bahawa parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana DAP menentang perjuangan negara Islam dan Hudud, sedangkan Pas pernah bersetuju untuk tidak membawa kedua-dua agenda berkenaan semata-mata ingin memenangi pilihan raya.

Ia susulan kenyataan Abdul Hadi dalam ucapannya di Markas Pas Bakri yang mendakwa, tindakan segelintir bekas pemimpin parti itu menubuhkan Amanah kerana takut kalah dalam pilihan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN