Pembantu kanan PBT ditahan siasat salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Pembantu kanan PBT ditahan siasat salah guna kuasa

SD Murad dakwa Anwar ada RM3 bilion disiasat tetapi AGC kata tiada pertuduhan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pembantu kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa, hari ini.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas disyaki meluluskan pengeluaran dana kebajikan untuk kegunaan peribadi.

Suspek yang juga bendahari di PBT tersebut dipercayai menyeleweng wang hampir RM200,000 melalui lebih 30 transaksi selama tiga tahun sejak 2017 hingga 2020.

Menurut sumber, penjawat awam berkenaan ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, penahanan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

“Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hazrul Shazreen Abd. Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya