Pas perlu tingkatkan sumbangan KDNK negeri dulu - Johari Ghani

Pas perlu tingkatkan sumbangan KDNK negeri terlebih dahulu – Johari Ghani

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) diminta belajar dari Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu mengenai cara meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebelum berhasrat mentadbir negeri lain selepas pilihan raya negeri (PRN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pada masa ini sumbangan Kelantan sebanyak 1.8 peratus daripada nilai KDNK adalah terlalu rendah.

“Kalau nak Selangor, apa kata tambah baik dulu sumbangan kepada KDNK, jadikan 3.5 peratus. Kalau Kelantan, Kedah dan Terengganu buat itu dulu, kalau dia boleh buat, kita serah Selangor kat dia.

“Ada yang kata, mana boleh banding Selangor dengan Kelantan, memang betul tapi Selangor sebelum ini ditadbir oleh pembangkang, Kelantan pun pembangkang, Pulau Pinang pun pembangkang tapi boleh membangun. Akhirnya ia tertakluk kepada kepimpinan kerajaan,” katanya dalam Sesi Bicara PRN, Malaysia di Ambang Pemulihan semalam.

Menurut Johari, walaupun Kelantan sukar mencapai sehingga 25.5 peratus sumbangan kepada KDNK seperti Selangor, ia sepatutnya lebih daripada dicatatkan.

“Mungkin Kelantan tak dapat sampai 25 peratus tapi mungkin patut dapat 12 ke 13 peratus sebab kalau nak bangunkan ekonomi negara, dia kena pergi ke negeri. Selangor sumbang 25 peratus, Johor 25 peratus, Kelantan 15 peratus, Terengganu 16 peratus, jadi besarlah ekonomi Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau mengalu-alukan barisan kepimpinan PN untuk mempelajari selok-belok pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Dia kalau nak datang Selangor, kita alu-alukankan sebagai pelancong, datanglah, boleh belajar dari Selangor, macam mana dia boleh buat. Walaupun kerajaannya tak gabung dengan Barisan Nasional (BN) selama tiga penggal tapi still okay, Pulau Pinang pun sama.

“Jadi, kita kena belajar, tak salah kita belajar dari orang yang faham mentadbir negeri, sebab itu kalau nak berkawan dengan mana-mana orang politik, kalau dia boleh bagi nilai tambah kepada perjuangan kita, kalau boleh belajar kenapa tidak, kalau boleh tunjuk contoh bagus untuk generasi baharu.

“Tak ada orang boleh buat semua, kita perlu ada pasukan, mesti ada pasukan peringkat negara dan di negeri sebab itu ada Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun lain ideologi politik, tapi negara mesti membangun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya