Nahas pesawat: Polis tidak lagi kawal lokasi - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Polis tidak lagi kawal lokasi

Nahas pesawat
HUSSEIN Omar Khan dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Seksyen 9, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis tidak lagi mengawal lokasi pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Persiaran Elmina, mulai semalam selepas bangkai dan kesemua serpihannya dipindahkan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan penyiasat daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bersama pakar-pakar dari Amerika Syarikat berada lokasi nahas semalam.

“Cumanya, akan ada unit kenderaan peronda (MPV) yang membuat rondaan di kawasan nahas bagi mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan nahas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan polis terhadap tragedi tersebut masih menjurus kepada kes mati mengejut selagi tiada unsur sabotaj dilaporkan oleh BSKU.

Justeru, beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tragedi terbabit.

Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 2.48 petang Khamis lalu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) membawa lapan penumpang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun terhempas di Persiaran Elmina.

Nahas tersebut turut mengorbankan seorang pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari dan seorang penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya