Nahas pesawat: Jenazah Allahyarham Johari akan dikebumi di Batu Caves - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Jenazah Allahyarham Johari akan dikebumi di Batu Caves

Nahas pesawat
Mohd. Sharkar Shamsudin mengucap takziah kepada keluarga Johari Harun antara penumpang yang menaiki pesawat yang terhempas di Elmina petang tadi. - Gambaf Facebook Mohd. Shakar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves hari ini.

Menerusi hebahan rasmi di akaun rasmi Facebook, pengebumian Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang itu dijadualkan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Jenazah dijangka dituntut waris dan ahli keluarga di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahimiah bermula pukul 9 pagi.

Allahyarham kemudian akan disembahyangkan kali kedua di Masjid Saidina Hamzah, Jalan Batu Muda, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Raudhatul Sakinah.

Keluarga Allahyarham Johari menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa serta ingatan terhadap arwah.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan baki sembilan jenazah mangsa akan diserahkan kepada waris secara berperingkat bermula pukul 9 pagi. 

Perkara itu diputuskan selepas padanan selesai dilakukan ke atas semua ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa.

Semalam, isteri Allahyarham, Datin Seri Maziah Samsudin turut hadir di HTAR dan menemui Hussein dipercayai bagi mendapatkan makluman terbaharu urusan jenazah.

Allahyarham Johari antara 10 mangsa nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina di sini, petang Khamis lalu. 

Beliau disahkan pergi ke Langkawi, Kedah untuk bermesyuarat dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pemergian Johari disifatkan kehilangan besar kerana merupakan pemimpin pelapis kepada negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya