Nahas pesawat: Isteri ADUN Pelangai tiba di HTAR - Utusan Malaysia

Nahas pesawat: Isteri ADUN Pelangai tiba di HTAR

Nahas pesawat
MAZIAH Samsudin (tengah) tiba di Jabatan Perubatan Forensik HTAR di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam kelmarin hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini.

Datin Seri Maziah Samsudin dilihat hadir menaiki sebuah kenderaan dengan diiringi beberapa individu memasuki kawasan itu, kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Difahamkan, beliau bertemu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar bagi mendapatkan makluman terbaharu mengenai jenazah suaminya.

Hussein ketika ditemui mengesahkan kehadiran ahli keluarga ADUN tersebut.

“Polis memanggil ahli keluarga mangsa bagi tujuan mengambil keterangan lanjut. Segala urusan tuntutan jenazah akan dimaklumkan selepas menerima pengesahan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya ringkas.

Terdahulu, Maziah berada di Jabatan Forensik kira-kira sejam sebelum menemui Hussein di luar perkarangan kawasan berkenaan.

Allahyarham Johari antara 10 mangsa nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina petang kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya