Momentum semakin positif BN tawan Ayer Hitam - Utusan Malaysia

Momentum semakin positif BN tawan Ayer Hitam

HAYAZI Azizan beramah mesra bersama penduduk di Bilik Gerakan Jentera di Pida 4, Kedah hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN: Menjelang 48 jam sebelum proses pengundian, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam percaya momentum pengundi melakukan perubahan semakin meningkat.

Hayazi Azizan berkata, mereka termasuk pengundi muda yang memberikan maklum balas cukup positif kepada beliau sebagai calon BN di kawasan berkenaan.

Katanya, peluang BN menerusi pertembungan satu lawan satu pada kali ini juga sememangnya masih terbuka dan sebarang kemungkinan boleh berlaku menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.

“Kita telah bergerak lebih aktif bersama jentera di peringkat bahagian dan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) di setiap kawasan DUN berkenaan.

“Saya berharap pengundi dapat membuat keputusan sebaiknya khususnya dengan penampilan calon muka baharu diketengahkan BN pada kali ini bagi memberi perkhidmatan dan keselesaan buat rakyat.

“Jika dilihat track record sebelum ini mungkin ada cacat celanya tapi dengan BN menampilkan muka baharu saya yakin ramai pihak akan memberi sokongan termasuk pengundi atas pagar,” katanya ditemui di Bilik Gerakan Jentera di Pida 4, di sini, hari ini.

Pada PRN ini, Hayazi bakal mencabar penyandang kerusi DUN Ayer Hitam, Azhar Ibrahim dari Perikatan Nasional (PN).

Tambah Hayazi, pengundi atas pagar juga dilihat bakal menjadi penentu di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya yakin dapat menarik sokongan pengundi atas pagar pada PRN ini berdasarkan kepada maklum balas diterima menerusi kempen yang dilaksanakan di kawasan itu.

“Kebanyakan daripada pengundi khususnya atas pagar menginginkan calon muka baharu yang dapat membawa pendekatan berbeza buat penduduk di kawasan berkenaan.

“Dalam mana-mana pilihan raya sememangnya pengundi atas pagar ini akan jadi penentu kemenangan dan saya optimis dapat meraih sokongan mereka untuk memastikan kemenangan BN pada PRN ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya