'Merdeka' bukan hanya diingat sehari - Utusan Malaysia

‘Merdeka’ bukan hanya diingat sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai perlu menjadikan sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-66 hari ini, sebagai hari penuh bermakna yang perlu diingati sejarahnya sampai bila-bila.

Pelakon senior, Angeline Tan berkata, perjuangan perajurit negara yang berkorban demi negara perlu diingati agar kita menjadi rakyat yang sentiasa mengenang peristiwa di sebalik negara mengecapi kemerdekaan.

“Jangan rasa ‘merdeka’ itu hanya untuk sehari sahaja. Setiap hari kita perlu mengingati perjuangan pejuang negara sebelum ini.

“Kita juga perlu menjadi rakyat yang dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara baik dalam pekerjaan setiap hari yang dilakukan. Setiap daripada kita juga perlu mempunyai sikap, pemikiran dan disiplin seperti rakyat di negara maju,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Angeline yang terkenal menerusi watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berharap situasi politik dan ekonomi negara kembali stabil serta kekal utuh agar hasrat Malaysia menjadi status negara maju tercapai.

“Saya harap satu hati nanti bila sebut Malaysia, bukan rakyat sahaja yang berbangga tetapi orang luar juga akan berasa kagum dengan negara kita,” katanya.

Untuk rekod, Angeline pernah berlakon sitkom komedi arahan Othman Hafsham berjudul Camni Camtu untuk terbitan RTM pada 1993 sebelum menyertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu (1994) yang disiarkan di TV3.

Selepas 36 tahun menceburi seni lakon, Angeline masih aktif menerima tawaran drama dan filem, membuktikan dia masih laku dan mendapat permintaan pengarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN