MBM nafi terlibat SMS dakwa Sanusi tidak dipilih MB

MBM nafi terlibat SMS dakwa Sanusi tidak dipilih MB

MOHD. IZZAT AFIFI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) menafikan pihaknya terlibat dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) rawak yang bersifat provokatif dan menghasut.

Presidennya, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid menegaskan, hantaran tersebut bukan bersumberkan daripada pihak MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung dibawah MBM. 

“Justeru, MBM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) ini. 

“Malah, sebarang usaha kempen yang bermatlamat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan oleh semua parti politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular satu SMS yang dipercayai diterima secara rawak dari sebuah badan dikenali sebagai Belia Malaysia.

“Berita Mutakhir Pimpinan PasPusat mengambil keputusan tidak akan melantik Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Nor menjadi MB (Menteri Besar) Kedah jika PN (Perikatan Nasional) menang; beliau merosakkan imej Pas,” dakwa SMS itu.

Sementara itu, Mohd. Izzat Afifi berkata, MBM akan mengambil tindakan lanjut dan suatu laporan polis akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pihak MBM dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab. 

“MBM menyeru kepada semua parti-parti politik yang bertanding agar sentiasa berkempen secara matang dan sihat serta mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara. 

“MBM juga menyeru kepada seluruh warga Belia Malaysia yang layak mengundi untuk turun mengundi pada 12 Ogos 2023 nanti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya