Masalah padi angin terus hantui pesawah

Masalah padi angin terus hantui pesawah

KEADAAN tanaman yang menghadapi masalah padi angin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Isu padi angin terus membelenggu golongan pesawah di Paya Sepayang di sini, sekali gus membuatkan mereka berasa kerja keras setiap hari ke sawah selain modal yang dilaburkan adalah sia-sia.

Masalah dihadapi terbabit semakin parah dan dilihat tiada berkesudahan kerana padi angin berlaku setiap kali tiba musim padi baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pesawah, Azrul Rizuan Abdul Rahman, 36, berkata, masalah itu pada musim ini dilihat semakin teruk berbanding musim lalu.

“Musim lalu kurang padi angin sebab tabur dalam air. Kali ini dia jadi balik sebab tabur kering,” katanya di sini.

Difahamkan masalah padi angin menyebabkan tanaman rebah dan tenggelam yang hanya sebahagian kecil sahaja padi dapat dituai.

Menurut Azrul Rizuan, ketika ini masih tiada sebarang kaedah yang didapati berkesan untuk menghapuskan benih padi angin.

Justeru, dia berharap kerajaan dapat menggunakan kepakaran yang ada bagi me­ngatasi masalah yang tiada berkesudahan itu.

“Dahulu ada benih padi kebal digunakan atasi padi angin, sekarang ia sudah tidak berkesan lagi. Mungkin kena tanam dalam air, namun benih padi ­angin masih ada dan boleh tumbuh terutama bila ditabur kering semula,” katanya.

“Selain serangan serangga perosak, kami terpaksa menanggung kerugian akibat masalah padi angin ini. Kami berasa seperti segala tenaga dan pelaburan yang dilakukan dalam mengusahakan sawah padi menjadi sia-sia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×