Lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung ketika memandu - Utusan Malaysia

Lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung ketika memandu

KEADAAN kereta yang melanggar tembok kuil selepas pemandunya mengalami serangan jantung di Kampung Lambak, Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki meninggal dunia dunia akibat serangan jantung sebelum kereta dipandunya terbabas merempuh tembok sebuah kuil di Jalan Kampung Lambak di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa, Lok Ming Choy, 55, yang memandu kereta jenis Toyota Camry meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian sekitar pukul 8.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Lambak menghala ke Pekan Tanjung Malim.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan merempuh tembok kuil.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki itu akibat serangan jantung. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya