Larian Hijau Dari Eropah ke Malaysia dapat sambutan ramai - Utusan Malaysia

Larian Hijau Dari Eropah ke Malaysia dapat sambutan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Pejabat MOTAC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan anjuran bersama Ten Senses (M) Sdn. Bhd menganjurkan acara Ecotrail Putrajaya yang bertemakan Larian Hijau Dari Eropah ke Malaysia yang berlangsung pada 29 Julai 2023 lalu di Taman Botani , Putrajaya.

EcoTrail Putarajaya adalah acara perlumbaan larian denai terbesar yang menggabungkan pelancongan sukan, pembangunan mampan dan tanggungjawab terhadap alam semulajadi. Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

Penganjuran Ecotrail adalah larian sihat sekaligus memberi peluang kepada para peserta mendekatkan diri dengan warisan semulajadi dan budaya sesebuah bandar.

Pemilihan Putrajaya sebagai sebagai lokasi penganjuran kerana Putrajaya merupakan bandar ultra moden yang masih dikelilingi dengan taman taman alam semulajadi disamping mampu memberi peluang pada peserta untuk melihat Putrajaya dari pelbagai sudut dan perspektif.

Ini adalah peluang kepada Putrajaya menonjolkan kelebihan dan keindahannya serta mempromosikan lokasi ini sebagai daya tarikan pelancong yang wajib diterokai oleh pelancong dalam dan luar negara.

Rata rata peserta teruja dengan laluan trek EcoTrail yang amat cantik serta unik dengan pemandangan indah, lanskap menarik serta berpeluang melihat flora & fauna sepanjang berlumba antaranya pohon pohon serta buah buahan tempatan, beberapa spesis monyet, burung dan lain-lain lagi.

Peserta dari Australia , juga pemenang tempat pertama (kategori 80km wanita veteran), Nateliedau berkongsi pengalaman dan menurutnya ini merupakan penyertaannya kali kedua selepas penyertaan tahun 2019.

“Saya kembali ke acara ini kerana keindahan lanskap laluan yang amat menarik, serta berpeluang melihat serta terserempak dengan pelbagai spesis haiwan di laluan terutama pada awal pagi,”katanya.

Sementara itu, Muhammad Adil Adham pemenang tempat pertama ( kategori 80km lelaki terbuka) berkata, peluang menyertai Ecotrail Putrajaya pada kali pertama digunakan untuk menerokai keindahan Putrajaya selain tidak menyangka Putrajaya memiliki khazanah alam semulajadi yang amat indah serta bangunan bangunan yang sangat mengagumkan.

Malah,Adil juga turut menyimpan hasrat untuk menyertai EcoTrail di Switrzeland dalam masa dua tahun akan datang.

Perlumbaan Ecotrail mula diperkenalkan dan diadakan di bandar Paris, Brussels, Reykjavik, Oslo, Funchai Madeira Island, Geneva, Florance, Stockholm, Copenhagen dan ChiangMai selain Putrajaya ,Malaysia.

EcoTrail Putrajaya mula memasuki Asia pada tahu 2019, dan untuk edisi kedua telah menerima penyertaan seramai 1300 dengan 200 peserta dari luar negara berbanding tahun pertama 900 penyertaan. Perlumbaan ini melibatkan larian bagi kategori 10km, 30km,50km dan 80km.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya