Kronos Tranung Junior Cup dapat sambutan luar biasa

Kronos Tranung Junior Cup dapat sambutan luar biasa

PASUKAN bola sepak Real Chukai FC B muncul juara edisi sulung Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup anjuran KTSA di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu, tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran edisi kedua Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu pada 28 Oktober ini mendapat sambutan luar biasa apabila sebanyak 32 pasukan dari seluruh negara sudah mengesahkan penyertaan mereka.

 Malah, pihak penganjur mempertimbang sama ada meluaskan penyertaan kepada 42 pasukan berikutan masih ada pasukan yang memohon untuk menyertai kejohanan tahunan bawah 12 tahun itu.

Sebelum ini, penyertaan dibuka kepada 32 pasukan dari seluruh negara dengan yuran sebanyak RM350 untuk setiap pasukan.

MOHD. YUSRAN MAT SHARIF

Duta Kronos yang juga penaung Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA), Mohd. Yusran Mat Sharif berkata, rancangan membuka lebih banyak penyertaan dan meliputi semua negeri bagi membolehkan mereka bertanding merebut kejuaraan pada edisi kali ini, mendapat reaksi sangat positif daripada akademi-akademi bola sepak.

“Pengesahan penyertaan menyaksikan pasukan hadir dari seluruh pelosok negara termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Kelantan,  Pulau Pinang serta dari Terengganu sendiri,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Yusran berkata, pertimbangan untuk menambah penyertaan 10 lagi pasukan bergantung kepada keadaan teknikal padang bagi menampung jumlah pasukan yang bertanding nanti.

“Kita tunggu dahulu pihak teknikal melihat semula jadual dan penggunaan padang. Jika pengurusan padang tidak mempunyai masalah dengan permohonan kami, rancangan penyusunan jadual perlawanan yang baharu akan diteruskan. 

“Ia tidak menjadi masalah buat para penaja dan bajet yang diperuntukkan,” katanya.

Menurutnya, penaja utama bagi kejohanan itu adalah Kronos Terengganu, Sport Paragon, KTC Arena dan NS 7 Globalaventures.

Bagi penaja sokongan pula ialah Agro Bank, Bank Rakyat, Ajes Kurma, Arca Imej Optometrist, Sam Jasa Ayoh Enterprise dan  Warung Nasi Padang Bukit Kecil.

Sementara bagi pakej tajaan  penginapan untuk pasukan bertanding ialah Hotel Sri Malaysia, Hotel Permai Park inn, Hotel Paya Bunga dan Batu Buruk Beach Resort.

Katanya, pasukan yang bertanding akan menerima jersi Kronos Malaysia.. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN