Itu hal peribadi dia - Pengurus tak dimaklumkan tentang pertunangan Nabila Razali - Utusan Malaysia

Itu hal peribadi dia – Pengurus tak dimaklumkan tentang pertunangan Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sudah (bertunang) atau belum, saya tak pasti”

Itu reaksi pengurus Nabila Razali, Mohd. Asrul Abdul Talib apabila ditanyakan berhubung kesahihan cerita pertunangan penyanyi tersebut yang tular baru-baru ini.

Asrul memaklumkan, setakat ini dia tidak menerima apa-apa pengesahan dari mana-mana pihak baik Nabila sendiri tentang perkara itu.

“Saya tak boleh sahkan sebab baru tahu tentang perkara itu hari ini. Setakat ini, sudah lima orang wartawan hubungi saya untuk mendapatkan jawapan.

“Tidak dapat dipastikan sumber mana yang dipetik portal yang melaporkan tentang perkara tersebut. Pelik, sebab saya pun tak tahu menahu tentangnya.

“Saya ada menghantar pesanan WhatsApp bagi mendapatkan pengesahan daripada Nabila sendiri, namun dia belum memberi sebarang respons sehingga saat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini timbul cerita mengaitkan penyanyi tersebut yang dikatakan telah melangsungkan pertunangan pada malam kelmarin dengan seorang ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani.

Nabila bagaimanapun sehingga kini tidak mengumumkan atau mengesahkan perkara berkenaan.

Asrul dalam pada itu akan menyerahkan pemberitahuan tentang pertunangan tersebut kepada Nabila apabila penyanyi lagu Pematah Hati itu bersedia untuk berkongsi kesahihan berita berkaitan dengan pengamal media dan peminatnya kelak.

“Itu hal peribadi dia, saya selesa kalau dia sendiri yang buka mulut sebab dia pun tak berkongsi apa-apa dengan saya.

“Biar dia buat keputusan, saya tak ada hak untuk mengesahkan apa-apa tentang pertunangannya. Kalau soal kerja, boleh saya tolong jawabkan,” sambungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN