Isu penggunaan kalimah Allah perlu perbincangan MKI - Sultan Sharafuddin - Utusan Malaysia

Isu penggunaan kalimah Allah perlu perbincangan MKI – Sultan Sharafuddin

SULTAN Sharafuddin Idris Shah ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agam Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pandangan bahawa sebarang isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI bertitah, pandangannya itu juga telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beta juga telah menyuarakan pandangan ini kepada Perdana Menteri, bahawa isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat MKI.

“Memandangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini merupakan isu yang sensitif di kalangan orang Islam di Malaysia.

“Malah, melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian penganut Kristian di negeri Sabah dan Sarawak, maka ia perlu dikaji dan diteliti dengan mendalam dan dimuktamadkan segera dengan penuh hikmah dan tanggungjawab,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Selain itu, titah baginda, mesyuarat MKI kali ini turut membincangkan satu kertas dasar berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan menggariskan panduan yang lengkap dan komprehensif.

“Segala keputusan yang dicapai oleh MKI berkaitan isu kalimah Allah ini nanti akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuaratnya yang akan datang.

“Sehubungan itu,satu dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dimuktamadkan,” titah Sultan Sharafuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN