KOTA TINGGI: “Dah nak balik.” Itu ayat terakhir perbualan menerusi aplikasi WhatsApp seorang isteri kepada suaminya sebelum maut dalam kemalangan kira-kira satu jam kemudian. Mohamad Shahril Mohamad Ari, 44, berkata, pesanan terakhir isterinya, Mariani Omar, 44, itu dihantar kira-kira pukul 2 petang ketika pergi ke Bandar Penawar untuk mengambil anak mereka di asrama, kelmarin. Katanya, dia tidak menyangka ayat itu menjadi mesej terakhir antaranya dan isterinya yang merupakan seorang suri…










