Prihatin dengan nasib murid-murid di kawasan pedalaman yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar B40, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) turun padang menyantuni pelajar Sekolah Kebangsaan Perik di Kuala Nerang, Kedah, baru-baru ini.
Pengarah, IPDM, Prof. Madya Dr. Rohafiz Sabar berkata, pendidikan nadi pembangunan sesebuah negara yang bergerak maju sekiranya rakyat mendapat pendidikan seawal kanak-kanak sehingga ke menara gading kerana mereka inilah yang akan mencorakkan masa depan negara.
Kursus Kepimpinan Muda kepada Ketua/Penolong bagi Ketua Pegawas, Ketua Kelas, Ketua Pusat Sumber, Ketua Persatuan dan pelajar darjah enam melibatkan 70 murid-murid darjah satu hingga enam yang sarat dengan aktiviti berkumpulan, membina pasukan, kemahiran memimpin serta pembentangan.
Hadir sama, Felo Penyelidik, Prof. Madya Dr. Jauriyah Shamsudin, Al-Hanisham Muhd Khalid, Muhammad Ridzuan Bos Abdullah selain Pengerusi PIBG, Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ahli Jawatankuasa PIBG.-UTUSAN