KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam agak unik apabila wakil rakyatnya silih berganti sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 antara Barisan Nasional (BN) dan Pas. Pada 1999, kerusi berkenaan disandang oleh Pas yang kemudian dimenangi oleh BN pada 2004. Selepas itu Pas kembali merampas kerusi tersebut pada 2008 sebelum jatuh ke tangan BN pada 2013 serta sekali lagi beralih kepada Pas pada pilihan raya 2018. Jika mengikut kitaran tersebut,…