KUALA TERENGGANU: Kadar kebolehpasaran tinggi, elaun wang saku dan penginapan percuma disediakan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seharusnya menjadi tarikan golongan belia menyambung pelajaran mereka ke institusi tersebut selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bercakap kepada Utusan Malaysia, beberapa penuntut lepasan IKBN Kemasik mengakui bertuah kerana mendapat ilmu daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, selain peluang menggunakan kemudahan peralatan terkini yang digunakan industri sepanjang mengikuti kursus di situ. Muhammad Nasran…

								
											








