PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 7 petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), amaran ribut petir itu melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Selangor.
Selain itu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah; Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
“Selain itu, di Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
“Seterusnya, di Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu serta di Sabah: Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya dalam kenyataan.
Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. -UTUSAN