KUALA LUMPUR: Cadangan supaya satu gencatan politik diwujudkan dianggap dangkal selain cuma hanya akan mengundang kemudaratan semata-mata. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, perkara itu tidak wajar dilihat sebagai satu jalan penyelesaian apatah lagi fokus seharusnya ditujukan kepada perkara lain yang lebih utama khususnya untuk rakyat. “Berkenaan dengan gencatan politik yang kononnya demi pengukuhan perpaduan negara, bagi saya…










