Gabungan PH-BN mampu kuasai DUN Paya Jaras - Utusan Malaysia

Gabungan PH-BN mampu kuasai DUN Paya Jaras

Paya Jaras
RAMANAN Ramakrishnan berucap pada Ceramah Mega Perpaduan peringkat DUN Paya Jaras, dekat Bandar Saujana Utama di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) diyakini mampu memberi kemenangan kepada wakil mereka, Mohd. Khairuddin Othman yang menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paya Jaras.

Malah, pemilihan penyandang DUN itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dianggap penting memandangkan beliau merupakan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada penggal lalu.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Ramanan Ramakrishnan, pemilihan Mohd. Khairuddin bukan sekadar untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bahkan beliau diibaratkan seperti seorang menteri di dalam negeri ini.

“Beliau adalah satu tiang kekuatan bagi saya, kita ada dua tiang, satu di Paya Jaras, satu lagi di Kota Damansara. Saya perlukan beliau. Kalau kita hendak Selangor maju, sebagai exco belia, tak ada kekurangan, kita boleh tengok prestasi beliau.

“Tiada apa yang kita boleh cakap kekurangan beliau sebagai seorang exco, yang anda akan undi nanti bukan sekadar ADUN, undi anda adalah untuk menteri di dalam negeri, he is a state minister, bukan sekadar ADUN,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan peringkat DUN Paya Jaras, malam tadi.

Tambahnya, Mohd. Khairuddin memainkan peranan penting untuk pembangunan di Paya Jaras yang merupakan salah satu daripada dua DUN di dalam Parlimen Sungai Buloh, selain Kota Damansara.

Dalam pada itu, Ramanan memaklumkan selain berperanan sebagai wakil rakyat di situ, Mohd. Khairuddin juga dianggap sebagai pemain penting terhadap kejayaan dalam kepimpinan kerajaan negeri bersama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Tak ada seseorang yang hebat, kita perlukan kerjasama dan pasukan. Kalau kita tengok hari ini, ada BN dengan kita, BN jentera bukan biasa, saya tahu sembilan bulan sebelum ini, saya yang main kejar-kejar dengan mereka di Parlimen Sungai Buloh.

“Bila kita bersatu, kita bekerjasama, kita tidak boleh ditewaskan, itu jaminan saya boleh beri kepada anda. Itu jaminan yang saya boleh beri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya