DUNGUN: Empat sekeluarga terselamat meskipun sebatang pokok kelapa dengan ketinggian lebih sembilan meter tumbang dan menghempap rumah mereka di Kampung Shukor, Hulu Dungun, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, Tengku Rosman Tengku Jaafar, 54, dan isterinya, Tengku Kasmawati Tengku Muda, 52, serta dua anak mereka berada di kebun durian yang terletak kira-kira satu kilometer dari kediaman mereka. Tengku Rosman berkata, kejadian itu menyebabkan sebahagian atap rumahnya pecah dan…










