Edar 320 Jalur Gemilang meriahkan sambutan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Edar 320 Jalur Gemilang meriahkan sambutan Hari Kebangsaan

Jalur Gemilang
ABOLQAZ Anuar (kanan) mengagihkan bendera kepada pengunjung medan selera di Petaling Jaya, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 320 helai bendera Jalur Gemilang diedarkan dalam tempoh dua jam oleh ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Parlimen Damansara di sekitar kawasan Petaling Jaya, malam semalam.

Ketua parlimen kawasan berkenaan, Abolqaz Anuar berkata, pihaknya mengambil inisiatif memberikan Jalur Gemilang secara percuma itu bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan, yang mana dilihatnya masing kurang penduduk di kawasan tersebut mengibarkan bendera Malaysia.

“Justeru itu, kami ambil keputusan untuk beri bendera Malaysia secara percuma, dengan harapan mereka akan mengibarkan bendera itu di kediaman serta kenderaan mereka.

“Alhamdulillah, tidak ada mana-mana individu menolak pemberian bendera ini, malah ada yang minta bendera lebih untuk diberikan kepada ahli keluarga lain dan kawan-kawan mereka,” katanya ketika ditemui, malam tadi.

Menurutnya, peruntukan pembelian bendera ini adalah daripada Muda Parlimen Damansara serta sumbangan wang daripada 30 ahli Muda cawangan tersebut.

Melihat kepada sambutan program tersebut, Abolqaz merancang untuk melaksanakan program sama menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

“Kami bercadang untuk memberikan 1,000 helai bendera mini Malaysia yang akan diagihkan kepada penduduk sekitar Petaling Jaya. Apapun, kami berharap rakyat Malaysia belilah juga bendera Malaysia sebagai tanda mereka cintakan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya