Dua jam ‘dihujani’ peluru, tiga rakan terkorban - Utusan Malaysia

Dua jam ‘dihujani’ peluru, tiga rakan terkorban

MOHAMAD Sarif Long menerima momento penghargaan daripada Perdana Menteri di Gerik. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Dihujani peluru tembakan daripada se­napang komunis selama dua jam dan melihat tiga kawan terkorban.

Itu pengalaman dilalui seorang pekerja yang terlibat dalam pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) sekitar 1970-an, Mohamad Sarif Long, 76.

Merupakan bekas ka­kitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, dia masih ingat kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 7 pagi, 27 Ogos 1974, di Kilometer 26 jalan raya berkenaan.

Menurutnya, dia dan lima lagi rakan diserang ketika mereka di atas lori untuk memulakan kerja pembinaan jalan.

Katanya, lori yang me­reka naiki terkena je­rangkap samar menye­babkan tayar kenderaan itu pecah dan terhenti.

“Pada waktu itu rakan saya yang dikenali Ismail terkena tembakan di bahagian kepala dan meninggal dunia. Ini di­susuli tembakan bertalu-talu menyebabkan saya melompat terjun dari lori dan berlindung di bawah kotak gear, pada masa itu hanya ingat mati.

“Nyawa kami masih panjang apabila diselamatkan oleh sepasukan tentera yang tiba di tempat kejadian, menyebabkan komunis masuk ke hutan,” katanya.

Mohamad Sarif merupakan antara 37 bekas pekerja pembinaan Jalan Raya Timur Barat yang menerima momento ke­nangan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbolik menghargai jasa bakti mereka pada pelancaran Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Jeti Awam Tasik Banding, di sini semalam.

Bapa enam anak itu berkata, peristiwa kejadian itu meninggalkan kesan yang amat mendalam di fikirannya hingga ke hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN