Dr. Mazri sedia tawar khidmat kesihatan percuma

PRK: Dr. Mazri sedia tawar khidmat kesihatan percuma

DR. MOHD. MAZRI YAHYA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Dr. Mohd. Mazri Yahya sedia memberi khidmat kesihatan percuma jika dipilih sebagai wakil rakyat pada hari mengundi 9 September ini.

Katanya, ia selari dengan slogan ‘Bior Doktor Jaga Simpang Jeram’ yang menjadi slogannya sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, kali ini.

Kata pakar bedah itu, beliau sudi menawarkan khidmat tersebut kerana mendapati kebanyakan pengundi yang ditemui mengalami pelbagai jenis penyakit, namun berdepan masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan.

“Ada yang ke klinik saya untuk mendapatkan rawatan, namun kewangan tak cukup. Tapi apa yang boleh kita buat ialah cuba mempermudah urusan mereka.

“Saya banyak terlibat dengan misi kemanusiaan di luar negara dan masyarakat sepanjang bergelar doktor pakar. Jadi inilah masanya kita akan cuba sedaya-upaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Mazri berkata, beliau mahu menggunakan kepakaran dan pengalamannya bagi meringankan beban penduduk.

“Ini bukan tagline saja-saja kita buat, saya nak tekankan bahawa ia berdasarkan realiti apa yang kita perjuangkan dan amalan kita lakukan selama ini.

“Setiap pesakit ditemui, saya cuba teliti masalah dihadapi. Paling tidak, saya dapat memberikan sedikit khidmat nasihat buat mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN