Dini, Janna Nick bakal pindah rumah baru - Utusan Malaysia

Dini, Janna Nick bakal pindah rumah baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon Dini Schatzmann dan isterinya, Janna Nick giat membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baru hujung bulan ini.

Enggan berkongsi terlalu banyak mengenai perkara tersebut, pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann, 28, hanya memberi bayangan lokasi rumahnya itu yang terletak di Kuala Lumpur.

“Saya dan isteri bakal berpindah ke rumah baharu kami dalam bulan ini juga.

“Rumah baharu kami nanti terletak di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

“Saya tak boleh beritahu lebih, kalau saya beritahu nanti kena marah pula dengan Janna,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pada masa sama, pasangan tersebut giat mengumpul wang selepas banyak berbelanja untuk menampung kos rekaan hiasan kediaman baru mereka.

“Duit banyak habis semasa kahwin dan untuk buat rekaan dalaman rumah baru.

“Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kehidupan selepas bergelar suami, pelakon kacukan Melayu-Switzerland itu bersyukur mempunyai teman untuk berkongsi perasaan.

“Kami tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing selepas berkahwin.

“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama.

“Bangun pagi, ada isteri di sisi. Ia perasaan yang sangat menakjubkan,” kongsinya.

Dini, dengan sekali lafaz selamat bergelar suami kepada Janna pada 10 Jun lepas dalam sebuah majlis yang diadakan di Langkawi.

Dini dalam majlis tersebut menyerahkan mas kahwin RM2,703 dan seutas rantai emas.

Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik detik perkenalan mereka bertarikh 27 Mac 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya