Diana tidak mahu berharap, serah semua kepada takdir - Utusan Malaysia

Diana tidak mahu berharap, serah semua kepada takdir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 32, hanya berserah kepada takdir mengenai keputusan prosiding penceraian yang berlangsung hari ini.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson hadir sekitar pukul 2:20 petang ditemani peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari.

“Saya tidak meletakkan apa-apa harapan hari ini. Saya go with the flow.

“Jika prosiding hari ini tidak berjalan seperti yang dirancang, saya akan terima sebab semuanya terjadi pada masa yang tepat.

“Tak ada sebab mahu stress sebab benda sudah berlarutan berbulan-bulan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelakon Imaginur itu turut menafikan ada berhubung dengan suaminya, Farid Kamil sebelum prosiding hari ini.

“Saya tidak berhubung dengan Farid. Segala komunikasi hanya berurusan melalui peguam,” katanya.

Peaguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Diana turut mengatakan kemelut rumah tangga Farid, Diana akan berakhir hari ini.

Sekiranya Farid gagal menghadirkan diri, prosiding tetap akan berlangsung melalui aplikasi Zoom.

Sebelum ini Farid Kamil, 42, enggan melafazkan talak kepada Diana Danielle, 32, kerana yakin bahtera perkahwinannya selama 11 tahun masih boleh diselamatkan.

Pada 30 Mei lalu, Hakim Syarie Shukran Yusof menasihati Farid melafazkan talak terhadap isterinya jika pelakon wanita itu bersedia.

Keputusan itu dibuat selepas hakim membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mengesahkan berlaku shiqaq antara pasangan itu.

Oleh itu, kes cerai Farid, Diana diteruskan dengan timbang tara hakam dan mahkamah meminta kedua-dua pihak melantik hakam masing-masing pada 15 Jun lalu.

Pada 8 Ogos, peguam kedua-dua pihak memberi bayangan kemelut rumah tangga mereka berakhir hari ini.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan Diana berbuat demikian kerana dia dan Farid sudah berlaku shiqaq iaitu perbalahan panjang sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN