GEORGE TOWN: Pihak-pihak yang menentang cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperkenal pelaksanaan modul penghayatan hadis 40 Imam Nawawi, perlu mendapat maklumat jelas terlebih dahulu tentang kandungan hadis-hadis di dalam koleksi tersebut. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, tujuan KPM memperkenal modul itu adalah untuk memupuk semangat ihsan (kebajikan) dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira latar belakang keturunan, agama dan budaya. ”Pihak-pihak yang membantah…










