Bukan rawatan pemutihan kulit, cuma penjagaan wajah - Adami Hairi - Utusan Malaysia

Bukan rawatan pemutihan kulit, cuma penjagaan wajah – Adami Hairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi baharu, Adami Hairi menyangkal beberapa dakwaan kononnya dia menjalani rawatan pemutihan kulit selepas wajahnya dikatakan berbeza daripada awal kemunculan dalam industri seni.

Menjawab dakwaan tersebut, Adami berkata, dia hanya menjalani rawatan pembersihan dan penjagaan wajah seperti biasa berikutan kulit mukanya yang sensitif dan memerlukan penjagaan rapi.

“Kadang-kadang, seharian kita sibuk dengan pelbagai aktiviti, kerja dan macam-macam lagi. Menjaga penampilan itu juga sangat penting. Kalau di rumah pun, kita akan cuci muka seperti biasa.

“Cuma rawatan di klinik kecantikan itu lebih kepada menjaga. Kulit saya pun jenis berminyak dan cepat naik jerawat. Jadi memang memerlukan penjagaan dan rawatan dari mereka yang bertauliah.

“Tetapi kalau sampai hendak cerahkan atau putihkan kulit itu, tidak sama sekali. Takut juga kalau ada kesan-kesan lain di masa akan datang kan. Tetapi terpulang lah kepada diri masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Adami yang baru sahaja melancarkan single baharu, Angauku Mekar memilih genre berbeza daripada single sebelum ini yang lebih terarah kepada pop latin dan catchy.

“Saya sedar, nama masih baharu dan belum dikenali lagi. Walaupun saya sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak umur 18 tahun, tetapi perjalanan itu masih jauh sekali.

“Single pertama, Forte dan Legato adalah pertaruhan awal. Kali ini saya tampil dengan Angauku Mekar yang merupakan ciptaan komposer, Faez Farhan dan Iman Zain. Berbeza dari single sebelum ini.

“Alhamdulillah, tawaran persembahan itu sentiasa ada. Masih aktif di media sosial. Sebab ramai cakap saya menyepi. Mana ada, cuma mungkin kadang-kadang kesibukan kerja buat saya lupa kemas kini media sosial,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya