Beri tumpuan kepada isu utama Palestin, kembalikan keamanan di Al-Quds - Utusan Malaysia

Beri tumpuan kepada isu utama Palestin, kembalikan keamanan di Al-Quds

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Walid Abu Ali yang berada di Perlis selama tiga hari untuk lawatan kerja yang sarat dengan program dari 18 hingga 20 Ogos 2023.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu bagi mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.

Dalam hubungan ini, isu-isu seperti politik dalaman yang melibatkan penduduk Palestin tidak wajar menjadikan umat Islam terkeliru dalam membela serta mempertahankan nasib umat Palestin yang sedang berhadapan situasi mencabar.

Walid Abu Ali turut menyeru agar masyarakat Malaysia menyalurkan sumbangan kepada Palestin melalui saluran rasmi yang dapat dipastikan manfaatnya kepada Palestin seperti Wisma Putra.

Demikian dipersembahmaklumkan beliau kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Restoran Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis, semalam.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Beliau diiringi oleh isteri, Jawaher Abu Ali dan anak-anak iaitu Nagham Abu Ali dan Mohammed Abu Ali serta Setiausaha Pertama Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, Dr Ahmed Bhasi berada di Perlis selama tiga hari untuk lawatan kerja yang sarat dengan program dari 18 hingga 20 Ogos 2023.

Ironi program sempena kunjungan Duta Palestin ke Perlis kali ini turut mengingatkan tanggal 21 Ogos setiap tahun yang merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa.

Pembakaran tersebut berlaku di waktu Subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat Subuh dan meninggalkan masjid.

Selain itu, Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin juga dikenang pada 29 November setiap tahun.

Untuk rekod, baginda pernah berangkat mengetuai Misi Kemanusiaan MAIPs ke Al-Quds pada 6 Oktober 2018 bagi menyampaikan hasil kutipan sumbangan ikhlas daripada masyarakat Perlis secara terus kepada Masjid Al-Aqsa selain turut bekerjasama dengan Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan.

Terdahulu daripada itu, Walid Abu Ali dan delegasi mengiringi Tuanku Syed Faizuddin dalam program kayuhan MAIPs Peduli di sekitar kawasan Projek Diraja Transformasi Kampung Warna-warni Perkampungan Warisan Nelayan Seberang Ramai dan seterusnya solat Maghrib secara berjamaah di Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis dan sesi taklimat mengenai MAIPs yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya