Bawa amanah rakyat, parti – Juwairiya

Bawa amanah rakyat, parti – Juwairiya

BAHANG kempen pilihan raya negeri (PRN) yang memasuki hari kelima semalam semakin panas dengan pemasangan bendera parti-parti bertanding termasuk di tepi-tepi jalan. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Saya perlu menang dalam pilihan raya negeri (PRN) dan ‘peperangan’ ini, bukanlah tujuannya atas sosok individu itu tetapi kerana saya membawa amanah daripada rakyat, kepemimpinan Pakatan Harapan (PH).”

Demikian penjelasan calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli ketika ditanya tekadnya untuk memenangi kerusi tersebut dan mengalahkan bekas Menteri Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata beliau, walaupun sedar amanah tersebut adalah sesuatu yang besar tetapi dia tetap bersedia menggalas cabaran berkenaan dan memasuki gelanggang PRN memenangi DUN Hulu Kelang.

“Mohamed Azmin mempunyai kekuatan sendiri kerana beliau adalah bekas Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal dan pernah menjadi wakil bagi DUN Hulu Kelang. Namun itu menunjukkan beliau adalah ‘senior politician’ yang sudah terlalu lama.

“Jadi apa lagi pembaharuan yang beliau buat? Saya lihat masih ada isu-isu belum diselesaikan. Saya hadir ke sini dengan trek rekod yang saya pernah berkhidmat untuk rakyat Kuala Selangor selama satu penggal.

“Konsep dan pendekatan saya untuk mendekati rakyat adalah turun padang, sedia mendengar dan berkhidmat. Pada saya, saya lebih mudah untuk didekati serta diakses oleh rakyat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Juwairiya menggalas tanggungjawab besar apabila beliau bertanding satu lawan satu menentang Mohamed Azmin yang mewakili Perikatan Nasional (PN) selepas keluar daripada PH.
Juwairiya berkata, jalinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bakal memberikan beliau kelebihan untuk meraih kemenangan di DUN Hulu Kelang.

“Walaupun pertama kali kita bekerjasama dalam gerak kerja pilihan raya tetapi ia berjalan dengan lancar, jadi kita dapat kelebihan. Saya percaya kali ini kita mampu menambah majoriti berbanding keputusan pilihan raya terdahulu.

“Saya sebagai calon wanita dan muda berbanding lawan saya, ini memberi kelebihan kerana di DUN Hulu Kelang mempunyai sebanyak 49 peratus pengundi wanita. Sudah pasti di situ ada keterbukaan dalam kalangan wanita, apabila saya mendekati, mereka rasa nak beri peluang untuk kaum wanita mewakili mereka.

“Malah, 48 peratus daripada 71,000 pengundi di Hulu Kelang adalah dalam kalangan anak muda. Saya fikir dengan umur saya yang tidak terlalu tua dan muda jadi saya dapat merangkumi kedua-dua golongan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×