Anwar ucap tahniah kepada Srettha, PM baharu Thailand

Anwar ucap tahniah kepada Srettha, PM baharu Thailand

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri Thailand.

Ucapan itu disampaikan menerusi panggilan telefon kepada Srettha daripada parti Pheu Thai itu selepas memenangi pengundian di Parlimen negara berkenaan.

“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuhkan hubungan dengan Thailand dalam pelbagai bidang.

“Saya turut mengundang beliau ke Malaysia dalam masa terdekat. Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Raja Thailand hari ini memberi perkenan untuk pelantikan Srettha sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, menurut agensi media antarabangsa, AFP.

Langkah itu sekali gus membuka jalan kepada pemimpin itu menyandang jawatan tertinggi negara secara rasmi.

Srettha yang sudah sekian lama dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, bakal memimpin kerajaan gabungan yang turut merangkumi parti pro-tentera.

Taikun hartanah itu memenangi pengundian di Parlimen semalam, beberapa jam setelah Thaksin pulang semula ke tanah air selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Srettha memperoleh 482 undi menyokong manakala 165 menentang dan 81 berkecuali dalam pengundian berkenaan.

Pelantikan Srettha akan menamatkan kebuntuan politik selama tiga bulan yang bermula sejak pilihan raya umum pada Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya