Anwar tegaskan beliau bukan anti Kedah

Anwar tegaskan beliau bukan anti Kedah

ANWAR Ibrahim sepentas bersama Ahmad Zahid Hamidi pada Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Kedah di Padang Awam Kupang, Baling -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan anti terhadap negeri Kedah dan sentiasa berusaha untuk membantu aspek pembangunan negeri itu terutama dalam soal pelaburan asing.

Menurut Anwar, dakwaan kononnya beliau hanya membantu negeri-negeri yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan seperti Pulau Pinang yang berjiran dengan Kedah adalah tidak benar.

“Dia cakap Anwar ini benci pada orang Kedah, cakap saya bagi semua kat Pulau Pinang, tapi saya bagi kat semua (negeri), kat Johor saya bagi, kat Penang saya bagi. Saya ini Perdana Menteri Malaysia faham tak.

“Untuk Kedah saya bawa (syarikat) Infineon tambah pelaburan yang terbesar di luar Jerman, di mana? Di Kulim. Di mana? Di Kedah. (Sebab itu) Kedah kena kalih bagi sama, sebab kita boleh buat kerja. Jadi nak kata saya anti Kedah perhati betul-betul,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani Kedah di Padang Awam Kupang, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ceramah tersebut adalah program terakhir dalam lawatannya ke negeri Kedah, semalam setelah menghadiri Karnival Segalanya Felda di Sik diikuti Taaruf Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dan Jelajah Perpaduan Madani Kedah di Alor Setar.

Kelmarin, Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

Perdana Menteri berkata, Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak €5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi fasa kedua pembinaan modul 3. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya