Anwar puji Ahmad Zahid terus pertahan UMNO

Anwar puji Ahmad Zahid terus pertahan UMNO

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan UMNO berkemungkinan berkubur jika Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai keberanian untuk mempertahan parti itu daripada dibubarkan sebelum ini. 

Perdana Menteri berkata, keberanian Ahmad Zahid yang memperjudikan karier politiknya patut dihargai oleh semua ahli UMNO.

“Tetapi tak boleh nafi, dia (Ahmad Zahid) ada keberanian, orang lain kalau Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) panggil Zahid, awak tutup UMNO. Kalau tak tutup awak nanti kena. Tapi apa Zahid jawab? Saya tak boleh tutup kerana UMNO ini parti orang Melayu yang ada sejarah perjuangan besar. 

“Jadi untuk itu kita tabik dengan pendirian dia yang bersedia untuk menanggung risiko diri bagi menyelamatkan parti dia,” katanya pada Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu di sini hari ini.

Berucap lanjut, kata Perdana Menteri, tidak seperti kebanyakan pemimpin UMNO lain yang sanggup berpaling tadah daripada parti itu, namun Ahmad Zahid masih setia memperjuangkan partinya.

Beliau pada masa sama turut memuji kepimpinan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan mempunyai integriti sebagai pemimpin.

“Apa yang penting integriti, buat kesalahan tak apa. Ada benda yang kita tak pandai tak apa tetapi ada benda yang perlu integriti sebab kita sokong dan berterima kasih kepada Tok Guru Nik Aziz.

“Dia Pas, tapi kita hormat dia sebab dia ada integriti. Dia tak ambil tanah, dia tak ambil balak, dia tak curi REE (unsur nadir bumi),” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan tentang pertemuan dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bersama usahawan dari Indonesia sebelum ini bukan berkaitan penerokaan mineral itu.

“Saya bukan seperti anda dan kawan anda. Saya tidak menggunakan kuasa saya untuk mengkayakan saya, isteri dan keluarga saya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya