PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf atas ketidakhadiran beliau semasa program Jejalah Perpaduan Madani yang dijadualkan berlangsung di dua lokasi, pada Khamis lalu.
Beliau berkata, dua lokasi itu bertempat di Taman Medan di sini dan di Dusun Tua.
“Saya perlu menyantuni dan meraikan tetamu negara yakni Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
“Insya-Allah, esok (6 Ogos 2023) saya akan turun ke Taman Medan pada pukul 9 malam diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam).
“Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – UTUSAN