Antara kisah bulu kaki dan kekayaan Masya Masyitah

Antara kisah bulu kaki dan kekayaan Masya Masyitah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aduhai… Nak tergelak juga Cik Bunga bila timbul kisah bulu kaki penyanyi Masya Masyitah yang turut menjadi bahan bualan netizen di media sosial. Beriringan dan sama naik dengan kisah tudungnya yang sekarang sudah terbang itu.

Pendek kata, netizen kita ini memang cakna dan peka betul ya. Sampaikan bulu kaki artis itu pun masing-masing boleh ‘scroll’ dan nampak.

Tetapi, dalam pada orang asyik bercakap mengenai tudung terbang dan kisah bulu kaki, Cik Bunga ada juga dengar satu hal lagi mengenai artis ini dan ia menyentuh tentang dari mana artis ini beroleh kekayaan dan kesenangan?

Kononnya, berdasarkan gambar terbaru Masya yang bertebaran di media sosial, ada yang perasan, jam tangan yang dipakai oleh penyanyi berusia 23 tahun ini, kalau diteliti, adalah edisi terhad berjenama Richard Mille dan harganya cecah ratusan ribu ringgit.

Kata oranglah, Cik Bunga ini manalah tahu sebab kita tak tak ada jam macam itu. Kalau tengok pada gaya Masya itu, memang nampak mewahlah. Pula itu, yang menjadi persoalan ramai, muda-muda hidup mewah begitu, mana datang sumber kewangannya ye tak?

Lalu, mulalah ada yang mengaitkan dengan kerjaya seni Marsya. Soal mereka, kerjayanya sebagai penyanyi pun biasa-biasa saja, namun boleh hidup senang. Mulalah ada yang hadir dengan teori yang tidak-tidak.

Ada yang tuduh Marsya ini ditaja VIP lah, jadi ‘sugar babylah’, aduhai, mengucap panjang juga Cik Bunga. Tapi itulah, tak boleh salahkan netizen juga sebab Masya pun dah lama mendiamkan diri. Tup-tup tampil dengan imej mengejutkan. Memanglah boleh mengundang macam-macam tohmahan.

Ini lagi satu, sebenarnya Masya ini betulkah sudah berkahwin dengan kekasihnya Idris Woon itu? Kalau dah kahwin cakap sajalah kebenarannya bukan.

Kalau tak, tak adalah sampai ada yang tergamak sebut hidup Masya ini ditaja VIP. Bagi Cik Bunga, elok Masya jelaskan pada semua. Elak lebih banyak fitnah mendatang. Bukan ini caranya nak kumpul pahala pun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya