Ahmad Samsuri menang dangan majoriti selesa di DUN Ru

Ahmad Samsuri menang dangan majoriti selesa di DUN Ru Rendang

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang untuk penggal kedua dengan majoriti 17,295 undi.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS memperoleh 20,926 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman yang mendapat 3,621 undi.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memenangi kerusi DUN Ru Rendang selepas menewaskan dua calon lain dengan majoriti 6,028 undi.

Dalam PRU itu, Ahmad Samsuri memenangi kerusi DUN Ru Rendang selepas memperoleh 13,851 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (7,823 undi) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sarawi Sulong (729 undi).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN