Abang sulung Noh Omar meninggal dunia akibat masalah usus - Utusan Malaysia

Abang sulung Noh Omar meninggal dunia akibat masalah usus

Noh Omar
NOH Omar memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Hamzah (gambar kecil) dekat kediamannya di Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor, pagi tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Abang sulung kepada bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar meninggal dunia akibat masalah usus malam tadi.

Allahyarham Hamzah, 68, menghembuskan nafas terakhirnya di rumah pusaka keluarga di Kampung Pinang, Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, kira-kira pukul 8.30 malam.

Noh berkata, anak sulung daripada 15 beradik itu menerima rawatan di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam pukul 3 petang.

“Hospital kemudian meminta ahli keluarga membawa pulang abang saya yang mempunyai masalah usus ke rumah. Semua urusan dipermudahkan dan beliau meninggal dunia di rumah keluarga kami,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Madrasah Haji Omar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Dua, Sungai Burong pukul 10.30 pagi tadi.

Tambah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu, arwah sempat berpesan supaya terus menjaga silaturahim dan ikatan kekeluargaan Haji Omar.

Sementara itu, Nurul Syazwani yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang berkata, dia bergegas pulang ke rumah selepas menerima khabar duka berkenaan ketika sedang berkempen malam tadi.

“Saya sememangnya amat rapat dengan ‘Pak Long’ yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan supaya terus berkhidmat kepada rakyat. Kehilangan arwah amat dirasai dan pesanan beliau itu akan terus menyuntik semangat saya untuk menabur bakti di Tanjong Karang,” ujarnya.

Allahyarham Hamzah yang juga bekas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meninggalkan seorang isteri, dua anak dan seorang cucu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya