3 lelaki dituduh pagi ini sebabkan kematian kerani kewangan

3 lelaki dituduh pagi ini sebabkan kematian kerani kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga lelaki yang terbabit dengan kematian kerani kewangan sebelum mayatnya disumbat di dalam guni plastik di sebuah premis stor buruk di Taman Bukit Serdang, di sini, pada 4 Ogos lalu akan dihadapkan ke mahkamah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, tiga lelaki terbabit akan didakwa di Makamah Majistret Petaling Jaya.

“Kertas siasatan kes terbabit sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk dituduh.

“Kita akan tuduh tiga lelaki dan masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Tambi Chai di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mengulas lanjut, kata beliau, 10 lagi suspek yang ditahan sebelum ini dijadikan sebagai saksi pendakwaan dan akan diikat dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kesan pukulan objek tumpul di seluruh badan menjadi punca kematian kerani kewangan berkenaan.

Susulan itu, polis menahan 13 individu termasuk tiga wanita di sekitar Lembah Klang pada 5 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh lelaki warga India berusia 41 tahun itu yang bekerja di syarikat besi buruk berkenaan.

Bagaimanapun, tiga suspek wanita yang juga ahli keluarga majikan mangsa dibebaskan semalam selepas keterangan mereka dirakam.

Katanya, 10 lagi suspek adalah majikan yang juga suspek utama serta ahli keluarganya selain rakan mangsa iaitu pekerja majikan berusia lingkungan 20-an hingga 58 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN