UTeM tersenarai QS World Ranking University 2024

UTeM tersenarai QS World Ranking University 2024

KAMPUS Induk UTeM di Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah apabila disenaraikan buat kali pertama dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024.

Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, UTeM berada pada kedudukan ke 1,200 hingga 1,400 daripada 2,693 institusi dinilai.

Katanya, pencapaian itu menunjukkan komitmen universiti yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, pembangunan pelajar dan inovasi yang memberi kesan langsung kepada semua.

“Pencapaian julung kali ini dicapai menerusi inisiatif UTeM di peringkat global melalui kerjasama akademik, kolaborasi penyelidikan dan pelbagai bentuk kerjasama, sama ada dengan institusi pengajian tinggi lain, industri dan organisasi antarabangsa.

“UTeM beriltizam untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama ke beberapa negara lain seperti Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Korea Selatan, China dan akan diperluas ke negara-negara Balkan.

“Kami amat teruja dengan pencapaian yang membanggakan ini hasil daripada dedikasi dan kerja keras semua pihak daripada peringkat Lembaga Pengarah Universiti, pengurusan tertinggi dan kanan, warga kerja hingga ke para pelajar kami bagi memastikan kedudukan ini berjaya dicapai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya