Tukar calon saat akhir proses biasa - Anwar

Tukar calon saat akhir proses biasa – Anwar

ANWAR Ibrahim (tengah) melambai ke arah penyokong PH dan Barisan Nasional (BN) ketika meninjau suasana di sekitar pusat penamaan calon Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya bagi PRN Selangor. - UTUSAN/MUHAMMAD IQBAL ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Pertukaran calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor adalah satu proses biasa, kata Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, tindakan itu dilaksanakan sekiranya ada keperluan.

Malah, Presiden PKR itu berkata, pertukaran saat-saat akhir juga berlaku di Terengganu dan Kelantan, namun beliau tidak memperincikan perkara itu.

“Itu proses biasa. Kalau ada apa-apa keperluan kita tukar…tidak ada masalah…ada satu di Terengganu dan Kelantan.

“Lagi pun calon Izuan (Muhammad Izuan Ahmad Kasim) ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dan tidak ada calon AMK di selangor.

“Oleh itu kita rasa wajar dan AMK telah meminta saya pertimbankan semula kerana ketiadaan calon wakili AMK di Selangor. Jadi saya menyambut baik dan setakat ini nampak terkawal,” katanya kepada pemberita selepas minum pagi sebuah bistro di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertukaran calon saat akhir di DUN Kota Damansara.

Sebagai rekod, Anwar sebelum ini dilapor mengumumkan nama Aidi Amin Yazid pada malam pengumuman calon PRN bagi PKR Selangor.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari tengah malam tadi mengumumkan Muhammad Izuan menggantikan Aidi Amin. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya