Tiga lelaki warga Myanmar diberkas terlibat pecah rumah

Tiga lelaki warga Myanmar diberkas terlibat pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki warga Myanmar ditahan selepas melakukan kes pecah rumah kelmarin.

Ketiga-tiga suspek dipercayai telah memecah masuk rumah seorang lelaki berusia 72 tahun di Taman Cheras Indah pada 14 Jun lalu di mana ketika itu dia berada di rumah anaknya di Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, adiknya yang menghubungi mangsa memaklumkan kejadian itu dan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran menyebabkan dia kerugian RM5,000 selepas barangan kemas dicuri.

Kata beliau, susulan itu, pada pukul 11.05 malam sepasukan polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 29 hingga 31 tahun di Taman Bukit Teratai, Kuala Lumpur.

“Suspek pertama mempunyai tiga rekod jenayah dan narkotik, suspek kedua mempunyai dua rekod narkotik manakala suspek ketiga tidak punyai sebarang rekod jenayah.

“Ujian air kencing ke atas suspek pertama positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamin dan THC. Suspek kedua negatif dadah manakala suspek ketiga positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehelai resit emas pajak gadai, dua buah motosikal iaitu Honda EX5 dan Honda Wave telah dirampas.

Kata beliau, sebanyak 19 jam tangan, telefon bimbit (enam), kunci motosikal (dua rangkai), beg galas (dua) dan beberapa peralatan pecah rumah turut dirampas.

“Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek mengaku terbabit dalam kegiatan jenayah pecah rumah dalam daerah Ampang Jaya sebanyak 15 kes.

“Suspek direman bermula kelmarin sehingga 19 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN