The 1975: Permohonan perlu ditolak sejak awal - Hamzah - Utusan Malaysia

The 1975: Permohonan perlu ditolak sejak awal – Hamzah

Hamzah
HAMZAH Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Isu aksi jelik The 1975 di Good Vibes Festival tidak akan berlaku sekiranya permohonan membuat persembahan oleh kumpulan itu ditolak sepenuhnya sebelum ini.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan sepatutnya menolak lebih awal kumpulan seumpama itu yang mempromosikan budaya golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Ia boleh merosakkan keharmonian kerana ada kumpulan tidak bersetuju dan ada yang bersetuju.

“Namun, yang penting apabila ada kumpulan promosikan LGBT, sepatutnya sejak hari pertama sudah tolak permohonan dan tidak timbul apa yang berlaku ketika ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, malam tadi.

Kelmarin, polis dilaporkan menerima tiga laporan polis berkaitan isu itu dan akan memanggil penganjur konsert tersebut berhubung penganjuran persembahan The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang yang dihentikan pada Jumaat lalu selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Penyanyi itu didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan penyertaan The 1975 pada awalnya ditolak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL),

Namun penganjur dan pengurus kumpulan itu memohon rayuan berserta aku janji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert mereka.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang menegaskan, beliau mahu melihat apa tindakan kerajaan mengenai isu tersebut.

“Jadi, kita ketika ini mahu tengok apa kerajaan mahu buat. Jika tidak buat, maka rakyat tahu kerajaan ini macam mana,” katanya.

Katanya lagi, ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri sebelum ini tidak pernah menerima kemasukan kumpulan seumpama itu di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya