Tenang, hormati proses perundangan - Pas

Tenang, hormati proses perundangan – Pas

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyaran semua pihak khususnya untuk bertenang dan menghormati proses perundangan yang dihadapi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mengikuti dari semasa ke semasa mengenai kes melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri tersebut.

“Pas mengikuti dengan cermat perkembangan kes melibatkan Muhammad Sanusi yang dilaporkan telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk didakwa di mahkamah hari ini.

“Pas menyarankan semua pihak, khususnya para ahli dan penyokong, supaya bertenang serta menghormati proses perundangan,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) akan didakwa berhubung kenyataan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya di Mahkamah Sesyen Selayang  pagi ini.

Beliau sebelum itu ditahan oleh ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman 2.30 pagi di Dutamas, di sini hari ini.  

Polis telah pun membuat kawalan di mahkamah di Selayang pagi ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN